Kali ni sambutan hari merdeka ke 53 diadakan di dalam Stadium bukit Jalil. Sesuatu yang menarik sebab sebelum2 ni sambutan merdeka dibuat kat luar (outdoor). Tu sebab aku agak excited nak tengok upacara sambutan tu (of course depan tv je). Seingat aku tak pernah aku lalui sambutan merdeka dalam bulan puasa macam ni. Atau dulu aku tak kisah pun pasal hari merdeka sebab tu aku tak ingat. Mungkin sebab bulan puasa jugak sambutsan hari kemerdekaan ni dibuat dalam stadium, supaya tak la panas sangat. Mungkin dia orang dah fikirkan pasal tu semua. Bila dah sambut merdeka, puasa pun tinggal 10 hari je lagi...tak lama lagi cuti lagi. Cuti raya puasa pulak. Memang kerja pun dalam mood nak cuti je la. Nak raya...tapi tak prepare apa2 pun. Banyak lagi hari untuk benda tu. Yang penting cuma untuk anak2. Macam aku ni, raya tak raya sama je. Lagi pun raya dah jadi benda yang routine, walau tak hari2 tapi setiap tahun agenda nya sama je. Pagi raya pergi sembahyang raya, balik minta ampun maaf dengan semua ahli keluarga. Lepas tu makan. Lepas tu jalan2 rumah saudara mara. Lepas tu makan lagi. Lepas tu tangkap gambar, lepas tu jalan lagi rumah saudara, macam tu lah pusingannya. Jadi tak la teruja sangat....
Comments (0)
|
31-Aug-10 10:19:14 AM
Semakin lama semakin lemah semangat aku nak tulis kat dalam ni....Sekarang ni aku cuma sempat tulis sebulan sekali saja. Bulan ni bulan last, kalau nak sambung kena bayar RM59 untuk setahun pada ximplify. Due Date 4hb Sept 2010. Kalau nak di kira RM 59 bersamaan lebih kurang RM 12 je sebulan untuk terus guna domain ni. Tak la mahal, tapi kalau tak digunakan, dah jadi satu pembaziran pulak. Baik RM59 tu simpan je dalam Bank. Sekarang ni Ramadhan dah masuk hari yang ke 15. Lebih kurang 2 minggu lagi Raya....Tapi aku sedar, aku cuma perlu sambut raya dengan sederhana. Semakin meningkat usia ni semakin tak terasa kehangatan beraya. 22hb 8 yang lepas umur aku mencecah 38 tahun. Lagi 2 tahun 40...cepatnya masa berlalu. Aku dah kerja kat tempat yang sama selama 7 tahun. Di waktu seorang demi seorang dah meninggalkan company ni...aku masih ada di sini dan masih melayan kesibukkan yang tak terhenti. Faizal dah tak kerja kat sini, David pun dah tak ada. Aku tak tahu apa lagi yang bakal berlaku. Di harapkan semuanya ke arah yang lebih baik.
Comments (0)
|
25-Aug-10 8:09:32 AM
Aku sebenarnya bukan peminat fanatik bola. Tapi bila world cup sampai, aku mesti tak miss. Sebab bagi aku world cup lah pentas terbaik bolasepak ni dimainkan. Player handalan semua berkumpul. Bukan minat sangat pun dengan player tu, tapi aku nak tengok 'magic'. Skill-skill yang unik, di luar jangka dan kadang-kadang pelik, macamana player tu boleh buat. Contohnya untuk World cup kali ni,gol Maicon, player Brazil...aku tak ingat masa tu Brazil lawan sapa, tapi angle dia score memang tak percaya bola tu boleh gol. Lagi satu gol Broncos, player belanda masa semi final, dah lah jarak jauh, ada angle lagi tu, bukan straight, tapi tu la...macamana boleh gol? Pasukan Jerman memang dahsyat. Habis semua top team dia belasah, England kena 4-1, Argentina pun 4-1. Tapi yang herannya masa semi final..main macam tak nak menang. Pelik. Last last sepanyol jadi Juara untuk kali pertama dalam sejarah.Ending dia macam anti klimax sikit. Itulah world cup 2010. Brazil....gempak masa mula2 je...tapi kalah dengah belanda. England memang tak menyengat langsung. Argentina, mula-mula tu macam boleh jer masuk final, tapi kena belasah dengan Jerman. Paling seronok tengok Jerman main, banyak gol dia orang score. Paling mengecewakan jugak bila tengok cara Jerman lawan Belanda. Macam dah plan je nak kalah. Belanda memang tak sangka boleh sampai Final. Tapi paling tak sangka, bila sepanyol yang juara....hampeh..
Comments (0)
|
24-Jul-10 7:08:36 AM
Akhirnya masa sibuk sudahpun berakhir. Sekarang bolehla aku luangkan masa balik untuk menulis dan update blog ni. Salah satu azam tahun baru aku hari tu ialah untuk update blog ni at least seminggu sekali, nampaknya aku telah gagal. Tapi sekarang aku nak tebus balik kegagalan itu. Lepas ni, walau sesibuk manapun aku akan cuba untuk menulis seminggu sekali. Apa yang aku pelajari sewaktu aku sibuk ialah sebenarnya aku masih mampu untuk melakukan apa yang aku rancang kalau aku melakukan semua kerja dengan lebih cepat. Aku perlu rushing, kalau tak memang banyak benda yang aku nak buat tergendala. Aku perlu pandai mencuri masa. Tak berdosa kalau mencuri masa. Lebih untung kalau lebih banyak masa yang kita curi. Sebenarnya masa itu adalah masa yang telah diperuntukkan untuk kita. So sebenarnya kita mencuri masa kita sendiri. Bukan masa orang lain. Memang benarlah peribahasa yang mengatakan masa itu emas. Memang masa itu harganya setanding dengan emas. Kalau tak takkan sampai Allah bersumpah dengan masa. Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.Melainkan orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Begitu tinggi nilainya masa sampai ada satu surah khas untuknya. Renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam dari radio).
Comments (0)
|
27-Jun-10 8:09:32 AM
Hampir 2 bulan aku stop post entri dalam blog ni, semuanya kerana konsentrasi yang aku berikan pada kedai fotostat dan alat tulis yang baru beroperasi. Alhamdullillah sekarang kedai tu dah boleh berdiri dengan sendirinya. So, aku boleh biarkan dia rolling...of course pemantauan, penilaian dan penambah baikan akan terus berlangsung. Apa yang aku nampak projek kedai ni berjaya dan akan terus meraih kejayaan. Apabila ada sedikit masa yang terluang macam ni, seboleh bolehnya aku mahu gunakan untuk internet business yang masih tak berjaya. Rupa-rupanya biznes konvensional lebih mudah daripada biznes di internet. Aku tak boleh berputus asa, aku kena teruskan niat aku sejak 3 tahun yang lepas...Untuk mendapatkan pasif income daripada internet. Walaupun dah 3 tahun berlalu dan aku masih lagi fail, tapi aku tetap akan teruskannya. Lawan tetap lawan. No retreat, No surrender.
Comments (0)
|
18-May-10 1:31:43 AM


