2010....menjanjikan tahun yang lebih sibuk bagi aku. Awal tahun lagi sudah terbayang betapa sibuknya tahun ini. Azam, resolusi...ada yang perlu di carry forwardkan dari kegagalan tahun 2009. Tapi yang paling penting dalam berazam ialah konsistensi, biar 2 tahun, biar 3 tahun, selagi tak tercapai, usaha perlu diteruskan. Semangat 'No retreat, No surrender' harus terus digenggam. Resolusi ada banyak...tak tertulis di ruang sempit macam ni...cuma satu yang nak dikongsi...tahun 2010 aku nak post lebih banyak catatan dalam blog ni...target, seminggu 2 post...total sebulan 8 post. Gambar...every snap yang aku ambil akan aku uploadkan secepat mungkin, target 24 jam selepas snap, gambar tu akan aku upload dalam infinite life. Video, proses ni lambat, tu sebab tak banyak video yang boleh aku upload. Tapi aku akan cuba, at least 1 bulan, 1 video aku akan upload. Lagi...aku akan jadikan infinite life lebih meriah.