Infinite Life
I want to write to make myself feel good. I also wanted everybody around me feel good. Life is about feeling satisfied with what we've done and at the same time keep trying to achieve to higher level.
Pekan Nansha
 
Pekan Nansha sudah berubah. Supermarket ni masih wujud lagi, tempat Firdaus beli handphone. Tapi supermarket yang selalu aku pergi dulu dah tutup. Puas aku keliling, pusing-pusing tapi tak jumpa supermarket tu, bila aku ingat-ingat balik, memang sah supermarket tu dah tak ada lagi. Dah berganti dengan beberapa lot-lot kedai. Supermarket tu aku tak boleh lupa, sebab banyak barang-barang yang aku beli dari situ dulu. Beli telur ayam untuk lauk makan hari-hari kat situ, beli kasut, beli beras, beli helikopter remote control dan macam-macam lagilah...sayang dah tak ada. Depan supermarket tu sekarang dah ada padang permainan untuk roller skate, jalan pun bukan tar lagi, tapi dah upgrade dengan tile besar-besar. Seluruh kawasan pekan tu sekarang bertile, kalau dulu ada jalan berlopak-lopak dengan air bertakung, sekarang cantik. Ada beberapa kedai yang aku masih ingat dan masih wujud lagi. Kedai aku beli DVD player yang kecik tu masih beroperasi, kedai jual bermacam-macam jenis beg tu pun ada...kedai jual DVD hindustan 'The Don' pun masih ada. Betul betul mengingatkan aku waktu first trip pada Januari 2007. Sebulan merayau kat sini, mana boleh lupa.Cuma kali ni aku sempat round pekan ni sekejap je, tak cukup masa...yang mengejutkan berhadapan dengan jalan masuk pasar basah tu dah jadi satu lagi blok kedai, siap ada KFC lagi.
Tak sempat nak jalan sampai Clifford hotel, tapi aku nampak jalan yang selalu aku lalu dari Clifford hotel menuju ke Pekan Nansha puunn dah lain. Dulu cuma ada semak dengan kebun, tapi sekarang dah penuh dengan blok bangunan. Nansha memang dah berubah....
Comments (0) | 19-Oct-09 11:57:31 PM
Langsung aku tak sangka, aku berpeluang lagi sekali untuk menjejakkan kaki ke Nansha, China untuk kali kedua. Selepas 2 tahun lebih sejak aku training kat sana, minggu depan aku akan ke sana lagi. Ini lah rezeki sebenarnya. Aku tak mintak dan aku tak tolak bila di beri peluang. So, aku akan berada di sana selama seminggu. Boleh dikatakan seminggu training. 3 hari training EHS, 2 hari training quality terutama sekali mengenai 8B35.Trip kali ni berbeza dari dulu...kali ini yang pergi cuma 2 orang saja termasuk aku. Seorang lagi tak de problem sebab dia pun chinese...tapi aku melayu muslim...macamana nak arrange untuk makanan halal aku? last choice makan saja la mee segera. So bekalan mee segera untuk semingu perlu dibawa bersama...yang lain-lain tu..beli saja kat sana. Barang-barang kat sana tu...boleh la dianggap murah. Semoga selamat di sana...Amin.
Comments (0) | 11-Oct-09 3:29:41 PM
Minggu ni memang minggu yang sunyi. Ketiga-tiga anak aku terpaksa dihantar ke kampung sebab, wife aku akan berkursus selama seminggu, dan aku macam biasa, kena kerja. Demi memastikan mereka sentiasa terjaga, jadi cara terbaik ialah dengan menghantar mereka balik ke kampung, ke rumah atuk dan opah mereka. Memang sedih juga nak tinggalkan mereka tu kat kampung, sebab dah biasa setiap hari melayan kerenah mereka. Sekarang aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Memang sunyi. Apalagi nak dibuat, menghadap komputer je la....Sekarang aku dah guna maxis broadband, so aku boleh surf internet kat mana-mana saja. Tak macam dulu, guna streamyx, so kalau nak surf,kena la duduk dalam bilik je...tapi sekarang aku surf depan TV. Baru la Enjoy....
Comments (0) | 06-Oct-09 10:17:29 PM