Habis setengah hari cuti aku melayan benda yang tak
sepatutnya. Cerita dia macam ni....hari tu aku guna MBB punya ATM mesin untuk
keluarkan duit dari account PBB aku. Bank PBB ni tak ada letak mesin ATM dia
kat shopping complex ni, so terpaksalah guna ATM mesin yang lain. Bank MBB
ni kat mana-mana pun boleh jumpa ATM mesin dia, so aku guna je la mesin
ATM tu. Tapi lepas try, duit tak keluar, resit keluar-urusan tak berjaya. So
aku ingat tak de problem la. Then aku keluar dari shopping complex tu pergi
bank PBB. Try keluarkan duit, keluar mesej- jumlah melebihi had. Check baki,
duit dah short. Dah sah mesin kat shoping complex tadi tu dah telan duit aku.
Nasib baik buku account aku ada dalam kereta, so aku bawak buku account aku
then update. Memang betul, walaupun resit keluar - urusan tak berjaya, tapi
duit aku dah kena potong. Bila aku tanya customer service, dia kata kena buat
report dekat branch yang kita buka account bank tu. So, aku pergi PBB branch
tu. Pergi sana
buat report, nasib baik resit ATM mesin yang telan duit aku tu aku simpan. So,
dia tengok transaction report aku, memang duit aku dah kena potong. Tapi dia
cakap, kalau nak dapat duit refund cepat, kena jugak buat report kat MBB bank.
So aku pun pergi MBB bank, buat satu report. Pegawai bank MBB tu explain
macamana hal ni boleh berlaku. Macamana ATM mesin tu beroperasi dan macamana
duit aku boleh short...anyway dia kata dia akan siasat hal tu, mungkin dalam
masa 2 minggu baru dapat balik duit tu...2 minggu lamanya...esok raya haji
ni..banyak nak pakai duit. Dia kata kalau nasib baik boleh dapat cepat, tapi 2
minggu tu normal la...Pengajaran yang aku dapat dari kes ni, simpan resit
urusniaga dengan ATM mesin. Aku tak tahu macamana aku nak buat report kalau tak
ada resit tu. Silap-silap pegawai bank tu cakap tunggu sebulan baru settle.
Comments (0)
|
30-Nov-09 4:18:44 AM
Dah tiga kali aku cuba, tapi masih fail untuk bukak video file yang aku upload. Aku tak tahu kenapa, dulu aku upload senang je...tak de problem pun, tapi kali ni tak menjadi pulak. Masa aku kat Nansha dan Hongkong hari tu banyak jugak video yang aku ambik, so aku ingat boleh la upload kat dalam ni dan share the experience, tapi ada problem pulak. So, langkah terakhir aku dah emailkan problem ni kat emerge support center, hopefully dia orang boleh settle problem ni. Kalau settle banyak la video yang aku boleh upload. So tunggu...
Comments (0)
|
26-Nov-09 1:45:05 AM
Setting untuk favourite link ada kat bawah sekali tu. So, kalau nak masuk ke link-link yang lain, cuma tekan saja ke nama link tersebut. Untuk peluang menambahkan pendapatan, aku tengah berusaha dalam program kristal karisma, wang ekspress. So sesiapa yang rasa-rasa nak tambahkan income tu bolehlah join dengan masuk ke link tersebut. Kalau nak baca suratkhabar, aku ada attach untuk metro, kosmo, berita harian, harakah, trenganu kite dan utusan. Of course internet banking dah jadi benda biasa sekarang, so aku guna tiga bank ni, Public Bank, Cimb Bank dan Maybank. Untuk merehatkan otak,cuba masuk link Funlok, banyak benda-benda menarik dan mengujakan. Memang list dalam Favourite link ni akan bertambah dari masa ke semasa, ikut apa yang aku rasa perlu untuk disenaraikan dalam link tu. So, boleh la sesiapa cuba link-link yang ada tu....
Comments (0)
|
17-Nov-09 2:57:42 AM
Pejam celik dah lepas 3 minggu aku balik dari China. Sekarang baru sempat untuk tulis sesuatu dalam blog ni...Balik dari China hari tu aku terus sibuk dengan kerja, sibuk dengan family. Aku pun tak sempat lagi nak balik kampung untuk menjenguk emak aku. Gambar-gambar sepanjang aku berada di Nansha, Hongkong dan Disneyland dah aku post kan dalam ruangan photo dalam blog ni. Yang aku rasa puas sikit kali ni, dapat pusing-pusing kat Hongkong. Walaupun cuma stay 2 hari tapi dapat la tengok Hongkong tu macamana. Kalau dulu aku datang Hongkong semata-mata pergi Disneyland then balik, tapi kali ni aku ada ronda-ronda sikit kat hongkong. Cuma letih sikit pasal ronda jalan kaki dengan naik komuter je.Hongkong tempat sempit, makanan mahal. Sebab aku cuma boleh makan kat restoran yang ada tanda halal je, dan kebanyakkan restoran tu jual dengan harga yang agak mahal. Bayangkan makan nasi goreng dengan HKD 40, bersamaan RM20 Malaysia, tak mahal tu...Akhirnya duit yang aku bawak tu ngam-ngam jer...
Comments (0)
|
15-Nov-09 12:55:55 AM


