ahmadrazman.com - Infinite Life
Live healthy, live happy and be grateful.
Solat  merupakan penentu ukur dari segala amalan manusia. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Qura'an dan juga Hadis-hadis Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kewajipan Solat. Di bawah ini dinukillkan beberapa contoh mengenai Dalil kewajipan Solat;

Dalil daripada Al-Qura'an

1. Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat dan bertaqwa kepadaNya, dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).
Al-Qura'an, Surah Al-An'am ayat 72
2. Dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan solat.
Al-Qura'an, Surah Al-Anbiyaa' ayat 73
3. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.
Al-Qura'an, Surah Taha ayat 14
4. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat (dengan sempurna sebagaimana biasa), Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Al-Qura'an, Surah An-Nisaa' ayat 103
5. Dan dirikanlah solat pada pagi dan petang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan ynag baik itu menghapuskan dosa perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
Al-Qura'an, Surah Hud ayat 114
6. Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh. Sesungguhnya Solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
Al-Qura'an, Surah Al-Israa'a ayat 78











 


Comments (0) | 25-Oct-10 10:27:26 AM
Solat merupakan ibadat yang paling utama bagi umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w menerima perintah untuk ibadah solat sewaktu Baginda di angkat ke langit atau lebih dikenali dengan nama peristiwa isra' Mi'raj yang terjadi pada malam 27 Rejab tahun ke 11 (sesudah diangkat menjadi Rasul). Peristiwa Isra' Mi'raj merupakan salah satu mukjizat nabi Muhammad s.a.w dan pada malam Isra' Mi'raj inilah Nabi Muhammad s.a.w menerima perintah untuk memunaikan solat secara terus daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan malaikat pengutus wahyu Jibrail a.s. Ringkasan daripada peristiwa Isra' Mi'raj yang berkaitan dengan perintah solat;

  1. Di tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w, Rasul-Nya:

    Allah S. W. T :  Ya Muhammad.
  2. Rasulullah :        Labbaika.
  3. Allah S. W. T :  Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
  4. Rasulullah :        Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
  5. Allah S. W. T :   Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu 50 waktu solat.

    Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Comments (1) | 22-Oct-10 2:53:13 AM

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun solat dua rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:-
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:-
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

. MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kekejaman kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
 
 
ISYAK:
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu solat
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:-  Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:-  Dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

 

Dukacita terhadap anak Firaun.





Comments (0) | 20-Oct-10 7:59:58 AM
Aku dapat tips ni daripada internet jugak, so aku rasa ianya bagus untuk dikongsi. Kalau nak jaga perut daripada membuncit, bolehlah  amalkan tips dibawah;

1.Minum banyak air

Minum banyak air akan mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan toksin. Minum banyak air membantu mencernakan bahan-bahan yang sulit untuk dicerna dan seterusnya dibuang dari tubuh.

2.Kurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam dalam diet pemakanan akan menyebabkan air dalam tubuh menjadi likat  dan memperlambatkan mekanisme pencernaan dan menyebabkan perut terasa penuh dan menggelembung.

3.Makan perlahan-lahan
Jangan makan dengan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang mengakibatkan penggelembungan perut. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian yang kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas dan menyebabkan perut menggelembung.

4.Awasi ubat-ubatan
Perut yang menggelembung adalah juga kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan sembelit dan penggelembungan.

5.Pengambilan serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, terapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

6. Hindari sembelit
Sembelit menyebabkan perut bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas berlebihan.

7.Bersenam
Bersenam membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urine.














Comments (1) | 17-Oct-10 11:05:05 AM
Mulai hari ini nama website aku akan lebih terserlah. Kalau dulu hanya terpampang Infinite life sebagai Main Brand, tapi sekarang aku dah tambah ahmadrazman.com - infinite life sebagai Main Brand. Bila aku perhatikan kan luar tu, banyak jugak penerbitan atau bahan bercetak yang menggunakan Brand yang hampir-hampir sama dengan apa yanf aku gunaka. Aku menggunakan infinite daripada base infinity, yang membawa maksud tiada penamat atau penghujungnya. Utusan Malaysia juga ada sisipan dalam surat khabarnya yang diberi tajuk Infinity. Ada sebuah majalah yang dah agak lama kat pasaran yang menggunakan tajuk Infinity. Memang satu kebetulan sebab masa aku pilih perkataan infinite tu aku langsung tak tahu pun kedua-dua bahan penerbitan tu menggunakan nama yang hampir sama dengan apa yang aku pilih. Setelah aku menggunakan nama infinite tu baru aku perasaan perkara tu. Kata dasar mungkin sama tapi aku punya bukan infinity tapi Infinite. Sekarang aku letakkan di depannya ahmadrazman.com, supaya aku lebih ingat bahawa website ni namanya ahmadrazman.com, dan infinite life tu hanyalah penambahan yang aku buat. Dalam yahoo search kalau search infinite life akan jumpa website ni dengan senang. Tapi sekarang bila aku letak ahmadrazman.com aku tak tahula pulak senang ke susah nak search website ni...Nak kena try la. 
Comments (0) | 15-Oct-10 6:58:32 AM