Al-Qura'an ,Surah Al-Baqarah ayat 45; - Minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan mengerjakan Solat; dan sesungguhnya solat itu amat berat; kecuali bagi orang-orang yang tunduk kepada Allah. Dalam Surah An-Naas, Ayat 1 hingga 6, Allah berfirman;
Katakanlah (ya Muhammad); Aku berlindung kepada Tuhan yang mendidik manusia.
Raja Manusia.
Tuhan Manusia.
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.
Dari Jin dan Manusia.
Sesunguhnya Jin dan Syaitan akan terus mengganggu dan menghasut manusia supaya meninggalkan perintah-perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Di bawah ini adalah kisah jin yang sentiasa akan datang untuk terus bersama manusia agar dapat terus menghasut manusia
Kisah Syaitan bernama Khanaz.
Waktu mula-mula Nabi Adam dan Hawa berada di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, berfikir-fikir cara untuk mengacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. Suatu hari ibu Syaitan mendapat idea apabila terlihatkan anaknya yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya “Khanaz….mari sini ikut mak…”. Lalu dia pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya “Siapa kamu..” Ibu Syaitan menjawab “Tolong jaga kan anak saya…nanti saya akan datang untuk ambil dia balik” Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa “Anak siapa nie..?”, Lalu Hawa menjawab “Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Adam berpikir dan “ Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita…” . “Apa harus kita lakukan sekarang..?”tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir… “Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita…Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de…”Idea Adam. Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, ”Mana anak aku…”Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan “Anak kamu…..,,…Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan …lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana…”terang Hawa. “Oh…iye ker?…”jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya”Khanazzzzz….!!!” Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali….dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,
Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku. “Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita..” kata Adam. “Apa harus kita laku kan lagi..”tanya Hawa. “Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi…” terang Adam. Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Hawa. “Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil “Khanaz!!!”…kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita”kata Adam. “Apa harus kita laku kan?” tanya Hawa. “Begini saja lah…kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” Cadang Adam. Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. “Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu …., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Hawa. “Kenapa..?”tanya Ibu Syaitan. “Anak kamu telah kami telan….!” Jawab Hawa dengan penuh yakin. “Iye ke…? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!! Iye Mak….jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz. Itu lah cerita dia kawan2…duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Waktu Subuh
Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan
komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan
akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu
biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh
dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan
solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu
itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh
tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu AsarKemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren
ialah kreativiti. Orang
yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu
Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


