ahmadrazman.com - Infinite Life
Live healthy, live happy and be grateful.
Hampir 2 bulan aku stop post entri dalam blog ni, semuanya kerana konsentrasi yang aku berikan pada kedai fotostat dan alat tulis yang baru beroperasi. Alhamdullillah sekarang kedai tu dah boleh berdiri dengan sendirinya. So, aku boleh biarkan dia rolling...of course pemantauan, penilaian dan penambah baikan akan terus berlangsung. Apa yang aku nampak projek kedai ni berjaya dan akan terus meraih kejayaan. Apabila ada sedikit masa yang terluang macam ni, seboleh bolehnya aku mahu gunakan untuk internet business yang masih tak berjaya. Rupa-rupanya biznes konvensional lebih mudah daripada biznes di internet. Aku tak boleh berputus asa, aku kena teruskan niat aku sejak 3 tahun yang lepas...Untuk mendapatkan pasif income daripada internet. Walaupun dah 3 tahun berlalu dan aku masih lagi fail, tapi aku tetap akan teruskannya. Lawan tetap lawan. No retreat, No surrender.
Comments (0) | 18-May-10 1:31:43 AM