ahmadrazman.com - Infinite Life
Live healthy, live happy and be grateful.

Sudah 2 hari aku bersenam dengan mengayuh basikal exercise yang dah lama aku beli tapi tak di gunakan sangat tu. Aku kayuh basikal tu selama 30 minit sahaja. Buat masa sekarang ni… banyak tu je la masa yang aku ada untuk exercise. Memang kalau boleh setiap hari aku nak peruntukkan masa 1 jam untuk exercise tapi masih tak boleh. So aku mula dengan 30 minit, lepas ni target nak naikkan jadi 45 minit dan kemudian 1 jam. Gear pun yang paling ringan sekali…kayuh pun sederhana je. Dalam masa 30 minit tu aku boleh pergi sampai 10 ke 11 km. Kalori yang digunakan boleh cecah 250 kalori. Aku harap aku boleh teruskan exercise ni sebab doctor aku pun dah cakap…”Exercise is mandatory for you”.

Comments (0) | 28-Jun-12 5:02:18 PM
INTELLIGENT - Intelligent means a person who can see implications and draw conclusions.
 
KEPINTARAN - Kepintaran bermaksud seseorang yang boleh melihat kesan dan akibat daripada sesuatu masalah dan membuat kesimpulan mengenainya.
Comments (0) | 22-Jun-12 9:49:34 AM
                                                                                                                  Emak dgn Lofa Emak yang berumur 80 tahun mendukung Lofa   yang berumur 6 bulan.
Comments (0) | 18-Jun-12 5:47:59 PM
Wowww.....lamanya aku tak post ...dari bulan 10 - 2011, sampai sekarang June 2012. Dah 9 bulan. Kalau perempuan mengandung pun dah beranak...Macam ni lah hidup, bila keadaan menekan apa yang perlu didahulukan mestilah didahulukan...apa yang boleh ditunda mestilah ditunda....We must know what is our priority.
OK, berbalik kepada cerita LHDN. Memang mula-mula aku pening kepala memikirkan masalah ni. Tanya member2, adik-beradik, sedara mara takde sorangpun yang ada kawan2 kerja dengan LHDN..apa punya hampeh la...So maksudnya aku kena buat sendirila....Officer kat LHDN tu cakap isi balik semua declaration form dan pulangkan dengan segera ke LHDN.
Masalahnya, macamana nak isi dengan segera? ada banyak tahun yang aku tak dapat cari EA formnya. Slip gaji pun bukan complete simpan semua ada. Ada yang dah hilang tak dapat nak dapat balik. Tanya HR tempat kerja lama pun dia org cakap, simpan untuk 3 tahun je...lepas tu dah tak simpan lagi. Apa yang nak diisi daam declaration form tu aku pun blank. Officer LHDN tu cakap estimate je berapa income tahunan, berapa bayaran cukai berjadual yang dah bayar..estimate?? Bab ni yang buat aku bertambah blank. Akhirnya sampai sekarang aku tak submit langsung declaration form tu. Aku tanya orang yang dah bersara...dia kata LHDN masih bagi chance tu, lebih baik buat cepat. Aku pun rasa memang LHDN bagi aku chance. Cuma bila surat saman sampai nanti baru aku nak isi declaration form tu sungguh2. Yang jadi kemusykilan aku kenapalah benda dah 13 tahun baru LHDN nak follow up...kalau aku punya record keeping bagus sangat tak apa la...tapi mana ada buat record keeping follow ISO9001 dalam kehidupan ni.....Sepatutnya LHDN follow la setahun sekali ke dua tahun sekali ke..ini dah 13 tahun...kalau ada anak lelaki dah pandai naik motor dah...Kalau ada anak perempuan dah pandai masak rendang untuk hari raya...
Tapi aku memang akan isi declaration form tu...cuma tunggu masa yang lapanggg betulll...Tapi untuk tahun lepas punya declaration cepat-cepat aku settle dengan E-filing. Ada E-filling ni senang sikit urusan ni...kalau ikut macam dulu..ini lah jadinya...13 tahun missed.
Comments (0) | 13-Jun-12 2:22:16 AM