ahmadrazman.com - Infinite Life
Live healthy, live happy and be grateful.
Hari Ahad (27/9/2010) lepas aku buat open house. Actually open house nya bukan kat rumah aku pun, tapi kat Tadika Sri Bistari. Wife aku panggil ramai member-member dia, mak-mak budak tadika dengan taska. Aku pun panggil jugak member-member aku, tapi sikit je la. Ada la dalam 25 orang. Ada ajak abang dengan kakak aku, tapi dia orang tak datang pun. Member-member biasala...ada yang datang, ada yang tak muncul pun. Yang betul2 surprise nya, start je majlis tu, hujan pun turun. Bukan main lebat lagi. Guruh berdentum dentam, angin pulak kuat. Bukan setakat hujan lagi, dah jadi ribut. Kelam kabut pindah kan makanan, takut basah. Memang tak jangka langsung nak hujan, sebab dari pagi sampai pukul 2:30ptg tu panas terik. Masuk je pukul 3:30 mendung terus. Gelap. Nasib baik aku tak guna khemah, sebab bila hujan dah berhenti sejam lepas tu, dengar cerita ada khemah orang yang terangkat sampai ke bumbung rumah. Pokok tumbang hempap kereta, pokok-pokok banyak yang tumbang. Inilah first time aku buat majlis kena hujan lebat macam ni. Spoil jugak sikit, dalam satu jam hujan turun tu tak de la orang datang. Ada orang datang pun tak boleh keluar kereta, memang basah kalau keluar kereta. Bila hujan dah berhenti open house tu berjalan lancar. Makanan cukup, air cukup. Tempat duduk cukup. Overall OK dan bolehla dikatakan majlis tu success.
Comments (0) | 29-Sep-10 6:28:25 PM
Cuti hari raya tahun ni merupakan cuti hari raya yang terpendek sejak aku kerja dengan company ni. Selalunya cuti raya akan berlarutan sehingga seminggu sekurang-kurangnya. Tapi tahun ni lepas hari raya ke 5 dah kena sambung kerja. Semua ni gara-gara trial run film grade yang baru. Kerja sehari, lepas tu cuti balik sehari, sebab public Holiday hari Malaysia, then kerja balik esoknya. Nasib baik ada cuti hari Sabtu & Ahad. Kalau tak, memang penat lah...Raya tahun ni, macam biasa. Cuma tahun ni sempat jugak ikut family punya raya, sampai pergi rumah Pak Alang kat Sungai Buloh, rumah Mak Suzi kat kuarters penjara sungai Buloh. Ada jugak pergi rumah anak Pak Alang, Mimi kat Taman Berjaya Jalan Kebun. Raya kali ni aku dapat jejak rumah Bad dekat Meru, Klang. Secara keseluruhannya tak banyak sangat la rumah yang aku ziarah, boleh dikira dengan jari. Tapi raya ada 2 minggu lagi, mungkin dalam sibuk berkerja waktu malam sempat juga pergi beraya...atau pun mungkin raya tahun ni memang dah habis.....
Comments (0) | 20-Sep-10 6:14:02 AM
Disebabkan ada training kat hotel Crowne Plaza Mutiara KL, jadi terpaksalah aku pergi KL. Memang aku tak suka nak pergi KL ni, sebabnya jalan Jamm. Training start pukul 9pagi, pukul 7:05 aku dah keluar rumah. Aku ingat aku dapat la mengelak dari jamm, tapi ternyata salah. Mula-mula OK, perjalanan lancar, aku pun serononk driving. Tapi bila sampai je subang jaya, dah kena jamm.Bergerak semeter semeter, sampailah ke Sg. Way. Lepas tu aku tengok ada polis trafik, so tak de la jamm lagi. Aku ingat aku boleh sampai cepat sikit, tapi bila nak naik fly over ke Jalan Sultan Ismail dah kena berbaris. Jamm lagi. Dari situ kereta bergerak perlahan sangat, sampailah nak masuk simpang jalan raja Chulan, baru OK. Tapi aku pulak yang nak kena slow pasal nak cari hotel tu. Nasib baik Deni ada bagi on call assistant, tak de la aku sesat ke jalan yang tak sepatutnya. Rupanya hotel tu dekat jalan pinang, dulu aku selalu jugak masuk sini, tapi dah lama la...tempat ni dah banyak berubah. Akhirnya aku sampai lewat 5 minit utk training tu, nasib baik class pun belum mula. Dari Klang ke KL 2 jam, tension aku dibuatnya.
Comments (0) | 08-Sep-10 6:12:10 AM